
YouTube Bakal Hadir Dengan Servis Langganan Muzik Pada Mac 2018

Kolaborasi antara YouTube dengan Warner Music Group dan juga kini sedang dalam proses perbincangan bersama Sony Music Entertainment, Universal Music Group dan juga Merlin, yang merupakan kumpulan label muzik persendirian, bakal memberi saingan kepada servis penstriman muzik paling popular seperti Apple dan juga Spotify.

Menurut Bloomberg, YouTube dikatakan bakal menawarkan servis langganan muzik terbarunya ini apabila ia dilancarkan secara rasmi pada Mac 2018 nanti. Untuk pengetahuan pembaca, servis terbaru dari YouTube ini akan menyertakan ciri penstriman berasaskan permintaan sama seperti Spotify, tetapi akan turut menyelitkan elemen dari YouTube seperti klip video.
Sumber: Bloomberg

