
Apple Special Event: Apa Yang Bakal Diperkenalkan?
Pengumuman rasmi tarikh Acara tahunan Apple Special Event telah disahkan pada 25 Mac (waktu tempatan 26 Mac, 1 pagi) di Steve Jobs Theater.
Apa yang bakal diperkenalkan dalam acara ini? Sebelum itu telah muncul banyak suara mengatakan Apple akan melancarkan servis penstriman video, dan kini melalui slogan yang dipaparkan “It’s Show Time” agak yakin niat Apple dalam bidang penstriman video ini akan menjadi real.
Walaupun Apple lebih mengutamakan pada servis penstriman video dalam acara kali ini, namun terdapat juga peranti baharu yang mungkin akan disebut dalam pelancaran ini, antaranya iPad mini 5, iPad generasi ke-7, AirPower, AirPods yang dinaiktaraf, dan iPod Touch generasi ke-7.
Adakah kemas kini sistem operasi iOS 12.2 turut dilancarkan dalam Apple Special Event 2019? Nantikan laporan seterusnya dari kami 26 Mac ini.

