HUAWEI P30 Lite Terima Pra-Tempahan Di Poland?!

Siri HUAWEI P30 masih tinggal 2 minggu lagi bakal bertemu peminatnya, seperti biasa HUAWEI akan melancarkan versi Lite dahulu diikuti dengan versi biasa dan Pro.

Terkini, sebuah kedai atas talian di Poland telah membuka pra-tempahan bagi P30 Lite 128GB yang berwarna hitam dengan tawaran harga zł1599 atau €370, kira-kira dalam pertukaran wang RM1700.

Nampaknya HUAWEI tidak menaikkan harga bagi P30 Lite, menurut TENAA peranti ini akan dibekalkan skrin 6.15 inci HD+, dijana cip pemproses Kirin 710 dan hadir dengan tri-kamera utama 20MP + 16MP + 2MP. Pengecasan pantas 18W dan bateri berkapasiti 3240mAh juga dikatakan akan hadir bersama.

[ SUMBER ]

 

You might also like