Selain Fattah Amin, Eric Chou Turut Memeriahkan Pelancaran Rasmi OPPO F11 Pro

Sedia maklum OPPO bersedia memperkenalkan OPPO F11 Pro pada 19 Mac ini. Bagi menambah sentuhan glam untuk peranti baru ini, OPPO memaklumkan pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal Taiwan iaitu Eric Chou sebagai ikon potrait.

[BACA : OPPO Menampilkan Fattah Amin Sebagai Duta OPPO F11 Pro! ]

OPPO F11 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci FHD+ (1080 x 2340 piksel) bersama rekaan kamera “sorok”. Menjananya adalah cip pemproses MediaTek Helio P70, memori 6GB RAM + 64GB dan bateri 4,000 mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0.

Dari segi kamera, ia dilengkapi sokongan dwi kamera utama 48MP + 5MP dan didatangkan kamera selfie ‘pop-up’ sebesar 16MP. Peranti ini juga mempunyai teknologi Hyper Boost bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon.

Jangan lupa sertai peraduan fotografi, Brilliant Portrait In Low Light untuk merebut sepasang pass eksklusif ke pelancaran OPPO F11 Pro di Malaysia dan cenderahati eksklusif daripada OPPO! Tempoh peraduan sehingga 14 Mac 2019 dan KLIK SINI untuk sertai!

[ BACA : Sertai Peraduan “Brilliant Portrait In Low Light” – Menang Cenderahati & Pass Eksklusif Ke Pelancaran OPPO F11 Pro! ]

You might also like