realme X3 SuperZoom Kini Rasmi – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1999!!!

299

Jenama peranti popular, realme kini telah melancarkan satu lagi siri baharu yang dikenali sebagai realme X3 SuperZoom yang dijual pada harga bermula dari RM1999.

Peranti ini tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.6″ FHD+ LCD dan tampil dengan kadar segar semula 120Hz.

Kuasa dalaman juga adalah sangat baik apabila ia disertakan dengan Snapdragon 855+dan dipadankan dengan RAM sehingga 12GB RAM LPDDR4X serta storan sehingga 256GB UFS 3.0.

Kuasa kamera juga sangat menakjubkan apabila ia dihadirkan dihadirkan dengan 64MP + 8MP + 8MP + 2MP bagi kamera utama dan 32MP + 2MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4200mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 30W. 

Tampil dengan dua varian warna iaitu Glasier Blue dan Arctic White. Berikut adalah harga jualan peranti ini.

8GB RAM + 128GB ROM: RM1999

12GB RAM + 256GB ROM: RM2299