Reviu Eksklusif: Power Sangat Ke realme X3 SuperZoom?? Jom Tengok!!

659

Zaman sekarang ini, ramai jenama telefon berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon yang mempunyai kuasa peranti yang terbaik. Namun, ada yang mengecewakan. terbaharu, realme juga telah menghasilkan peranti yang mempunyai spesifikasi yang menakjubkan. Jadi kita nak tahu lah betul atau tidak keupayaan telefon ini adalah sangat baik seperti yang didakwa. Jadi jom kita tengok!

Rekaan Memang Seksi Giler!!

Sebelum kita nak tahu keupayaan peranti ini, kita kena lihat dahulu, kehebatan pada rekaannya.  Peranti ini tampil dengan dua varian warna iaitu Arctic White dan Glasier Blue yang sangat menawan sungguhpun pada pertama kali memadang.

Apa yang pasti, panel belakang peranti ini hadir dengan teknologi abrasive etching yang memberikan  anti-glare fingerprint-proof glass. Jadi tidak hairanlah rekaan  belakang peranti ini tampil dengan sentuhan eksklusif. 

Yang menarik lagi, ia tampil dengan dwi kamera hadapan yang tertanam pada skrin yang pastinya memberikan keuapayaan rakaman yang sangat hebat.

Korang tengok la sendiri rekaan peranti ini.

Kamera Yang Memang Super Awesome!!

Terdapat beberapa aspek yang hebat mengenai peranti ini antaranya ialah kameranya. Kamera utama peranti ini adalah 64MP + 8MP + 8MP + 2MP manakala bagi kamera hadapa pula ia tampil dengan 32MP + 2MP.

Menariknya mengenai peranti ini, ia tampil dengan lensa Periscope zoom yang menyokong 0.5x to 60x jarak zoom. Jadi image yang jauh anda boleh rakam dengan sangat muka disebakan oleh cip pemproses yang sangt berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 855+.

Hasil gambar juga sangat stabil sebab ia dihadirkan dengan Optical image stabilization (OIS). Walaupun anda zoom dengan jarak yang sangat jauh, gambar anda masih stabil.

Bukan itu sahaja, gambar malam pun tip top sebab peranti ini hadir dengan Super Nightscape 4.0 turut dihadirkan denngan AI Nightscape. Yang sangat best mengenainya, ia mampu bertukar di antas Super dan Ultra Nightscape mode yang menghasilkan gambar yang sangat baik.

Imej waktu siang juga sangat baik, kerana ia disertakan hasill gambar yang dirakam menerusi lensa ini membuatkan kami terkesima. Kualiti yang dipamerkan khususnya pada warna sangat cantik dan tepat. Senang cerita, tidak nampak “fake”. Jom tengok hasil gambar peranti ini.

Paparan 120 Hz Memang Terbaik!!!

Satu lagi yang menambat hati kami mengenai peranti ini adalah paparan 120Hz.  Kualiti yang dipaparkan pada peranti ini tidak dapat disangkal lagi, antara yang terbaik yang berada di pasaran pada ketika ini. Visual yang terhasil lebih terperinci dan sangat kemas.

Kaki game mesti suka dengan paparan 120Hz ini. Ia dapat meningkatkan kualiti gambar dan kelancaran permainan FPS dengan ketara seperti PUBG Mobile  dan mencapai gambar bergerak yang lebih halus daripada layar kadar penyegaran 60Hz!

Ujian Prestasi!!

Kami juga telah menjalankan ujian ke atas peranti ini menerusi AnTuTu Bechmark. Hasilnya memperlihatkan bahawa peranti ini menjalankan prestasi yang sangat baik!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, spesifkasi peranti ini dengan harga jualan peranti ini iaitu RM1999 sangat berbaloi untuk dimiliki. Hebat!! itu yang dapat kami katakan. Prestasi kamera dan kelancaran penggunaan serta kehebatan paparan pasti membuatkan korang excited nak beli realme X3 SuperZoom ini!!