Perintah Mahkamah Ke Atas Senior Halang Pengimportan Pemisah Bateri Ke United Kingdom Dilanjutkan

CHARLOTTE, Carolina Utara, 29 Mei 2020 /PRNewswire/ — Ekoran daripada kebenaran oleh mahkamah United Kingdom (UK) pada 7 Mei 2020 berhubung injunksi interim ke atas Shenzhen Senior Technology Material Co., Ltd. (Senior) sebagaimana yang dimohon oleh Celgard, LLC (Celgard), subsidiari Polypore International, LP (Polypore), hal ini dikembalikan ke mahkamah UK pada 21 Mei 2020. Perintah baharu mahkamah ini meneruskan pelaksanaan injunksi interim sementara menunggu perbicaraan substantif selanjutnya yang akan diadakan pada tarikh yang dipersetujui antara 29 Jun dan 10 Julai 2020. Senior menyerahkan surat rasmi kepada Hakim bagi memaklumkan aku janji rasminya kepada mahkamah UK. Celgard berhasrat untuk meneruskan injunksi melalui perbicaraan kes rahsia perdagangannya ke atas Senior pada perbicaraan yang seterusnya.

Celgard® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.
Celgard® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.

Pada 30 April 2020, Celgrad memfailkan permohonan untuk injunksi segera ke atas Senior di Mahkamah Tinggi Keadilan di London, England. Pada 7 Mei, secara ex parte, mahkamah UK membenarkan injunksi interim bagi menghalang Senior daripada mengimport pemisah bateri tertentu ke UK.

Terdahulu pada 2 Mac, Celgard memfailkan Aduan ke atas Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (Senior-China), Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Xiaomin (Steven) Zhang, Sun Town Technology, Inc., Global Venture Development, LLC dan Global Venture Development, Inc. (secara keseluruhannya, Global Venture) (secara keseluruhannya, Defendan-defendan WDNC) di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Barat California Utara (WDNC) atas penyalahgunaan rahsia perdagangan, amalan perdagangan yang tidak jujur dan mengelirukan serta persaingan tidak adil, konspirasi awam, pengayaan tak patut dan penukaran. 

Di samping itu, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Kedua ke atas Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Farasis Energy USA, Inc., Farasis Energy, Inc., Farasis Energy (Gan Zhou), Inc. dan Farasis Energy (Gan Zhou) Co., Ltd. (secara keseluruhannya, Farasis), Sun Town Technology, Inc., Global Venture Development, LLC dan Global Venture Development, Inc. (secara keseluruhannya, Global Venture) (secara keseluruhannya, Defendan-defendan NDCA) atas pelanggaran paten, kemungkiran kontrak dan kemungkiran waad tersirat berniat baik dan urusan yang adil di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California (NDCA).

Aduan WDNC mendakwa bahawa Defendan-defendan WDNC, termasuk bekas pekerja Celgard, Xiaomin (Steven) Zhang, yang kini merupakan Ketua Pegawai Teknologi Senior-China yang menukar namanya kepada Bin Wang atas permintaan Senior-China, menyalahgunakan dengan sengaja dan menyalahi undang-undang rahsia perdagangan serta maklumat sulit Celgard dan terus berbuat demikian. Beberapa pencabulan undang-undang yang lain juga turut didakwa.

Aduan Pindaan Kedua NDCA mendakwa Defendan-defendan NDCA melanggar Paten Keluaran Semula Amerika Syarikat Celgrad RE47,520 (paten ‘520), dahulunya Paten Amerika Syarikat 6,432,586 (paten ‘586), ke atas pemisah bersalut seramik dan Paten Amerika Syarikat Celgard No. 6,692,867 (paten ‘867), ke atas pemisah polipropilena serta beberapa pencabulan undang-undang dan pelanggaran lain. Lihat Siaran.

Pada Disember 2019, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Pertama di NDCA yang menambah kepada saman tersebut Defendan-defendan Farasis, Sun Town dan Global Venture. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard memfailkan saman ke atas Senior yang menjual pemisah di seluruh dunia yang dihasilkan oleh mereka di Shenzhen, China. Aduan oleh Celgard mendakwa Senior telah melanggar paten ‘520 dan ‘867 A.S. Celgrad ke atas pemisah bersalut seramik dan pemisah polipropilena dan melesapkan dan menyalahgunakan rahsia perdagangan dan maklumat sulit Celgard secara menyalahi undang-undang, antara pencabulan lain dan menuntut ganti rugi terhadap kerosakan. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah pelanggaran paten ke atas Targray International. Lihat Siaran. Celgard juga berjaya menyelesaikan dua saman pada bulan Jun 2019 ke atas MTI Corporation. Lihat Siaran.

Lanjutan efektif injunksi interim ini dan keputusan yang berjaya bagi kes-kes Targray dan MTI mengukuhkan lagi integriti harta intelek (IP) Celgard berhubung pemisah bersalut dan tidak bersalut untuk bateri ion-litium. Celgard akan terus menghalang eksploitasi yang tidak adil terhadap teknologi dan IPnya bagi melindungi aset serta pelanggannya.

Latar Belakang Celgard dan Polypore

Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah yang merupakan komponen utama bateri ion-litium. Teknologi pemisah bateri Celgard adalah penting untuk prestasi bateri ion-litium untuk kenderaan pemanduan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi-aplikasi lain.

Celgard, LLC ialah subsidiari milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.

Polypore ialah syarikat bertaraf global yang mempunyai kemudahan di sembilan negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan nanoelektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi khusus. Kunjungi www.celgard.com dan www.polypore.com.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/perintah-mahkamah-ke-atas-senior-halang-pengimportan-pemisah-bateri-ke-united-kingdom-dilanjutkan-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/perintah-mahkamah-ke-atas-senior-halang-pengimportan-pemisah-bateri-ke-united-kingdom-dilanjutkan.jpg

Keywords: Chemical Computer/Electronics Electrical Utilities Utilities Legal issues Patent Law

Source: PRNEWSWIRE

You might also like