The Society For The Promotion Of Japanese Animation Umum Anime Expo Lite Pertama Seumpamanya – Acara Budaya Pop Jepun Maya

Acara Strim Langsung PERCUMA bakal berlangsung 3 & 4 Julai 

SANTA ANA, California, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ — The Society for the Promotion of Japanese Animation (SPJA) teruja untuk mengumumkan rancangannya bagi menawarkan peminat budaya pop Jepun dari seluruh dunia dengan peluang untuk merasai semua perkara daripada anime dari mana sahaja mereka berada melalui Anime Expo Lite. Acara strim langsung selama dua hari yang PERCUMA ini akan bermula pada 3 Julai, yang diisytiharkan sebagai Hari Ekspo Anime oleh Bandar Raya Los Angeles pada tahun 2015 dan diteruskan sehingga 4 Julai.

The Society for the Promotion of Japanese Animation announces first ever Anime Expo, a Free virtual Japanese pop culture event July 3 & 4, 2020.
The Society for the Promotion of Japanese Animation announces first ever Anime Expo, a Free virtual Japanese pop culture event July 3 & 4, 2020.

Anime Expo Lite akan menampilkan kandungan daripada rakan-rakan industri seperti Bushiroad, Crunchyroll, Pony Canyon, VIZ dan banyak lagi! Kandungan yang lebih eksklusif akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

SPJA juga telah mendedahkan seni utama yang dirancang sebagai kulit depan panduan program untuk Anime Expo 2020 yang telahpun dibatalkan, yang kini sebaliknya menampilkan logo Anime Expo Lite. Watak-watak maskot AX Ai dan Xeno dipersembahkan bersama barisan The World End With You.

“Kami teruja kerana dapat mengubah Anime Expo tradisi menjadi suatu pengalaman maya. Sejak tahun 2017, AX telah menyiarkan secara langsung panel-panel terpilih serta dari lantai konvensyen, maka ini merupakan satu peralihan yang dijangkakan buat kami untuk menghasilkan sebuah acara maya. Memandangkan semuanya berbeza pada tahun 2020, kami dapat melihat peluang yang unik apabila dapat berkongsi minat kami terhadap budaya pop Jepun bukan sahaja bersama mereka yang mungkin akan menghadiri AX tetapi kini dengan mana-mana peminat anime tanpa mengira di mana mereka menetap,” kata Ray Chiang, Ketua Pegawai Eksekutif The Society for the Promotion of Japanese Animation, penganjur AX. “Menerusi barisan Anime Expo Lite, kami tahu peminat akan menemui banyak acara dan tetamu khas untuk menghiburkan mereka dan memastikan mereka terhubung.”

Peminat boleh berharap untuk melihat:

  • Tetamu Khas, termasuk artis/pereka watak Yoshitaka Amano 
  • Perbincangan panel bersama pemimpin industri
  • Pengumuman industri
  • Kandungan langsung
  • Kandungan pra-rakam daripada rakan kongsi global
  • Sesi Soal Jawab
  • Hadiah

Untuk maklumat lanjut dan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui pengumuman Anime Expo Lite, sila daftar di sini https://mailchi.mp/anime-expo/ax-lite-updates

Selama 29 tahun, AX telah menjadi acara unggul yang menampilkan filem anime terbaharu, siri televisyen, fesyen, permainan video, manga, tarian, konsert muzik, pameran dan barangan konvensyen eksklusif, kesemuanya digabungkan untuk membawa pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat anime dan budaya pop Jepun. AX akan kembali ke Pusat Konvensyen Los Angeles pada 2-5 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut berhubung Anime Expo sila kunjungi www.anime-expo.org.

Latar Belakang SPJA 

SPJA ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikhususkan untuk mempopularkan dan mendidik orang awam Amerika mengenai hiburan dan budaya pop Jepun, serta menyediakan forum untuk memudahkan komunikasi antara golongan profesional dan peminat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.spja.org.

Latar Belakang Anime Expo 

Anime Expo (AX) menghimpunkan peminat dan industri dari Jepun, AS dan seluruh dunia sempena perayaan terbesar budaya pop Jepun di Amerika Utara. Berlangsung setiap tahun sejak tahun 1992, Anime Expo menampilkan yang terbaik dalam hiburan, muzik, fesyen dan permainan video Jepun. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.anime-expo.org.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/the-society-for-the-promotion-of-japanese-animation-umum-anime-expo-lite-pertama-seumpamanya-acara-budaya-pop-jepun-maya.jpg

Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Social Media Asian-related news Trade show news Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like