ShopeePay Sertai DuitNow – Pindah Wang Dengan Segera & Selamat!

828
- Iklan -

Payments Network Malaysia (PayNet) dan Shopee mengumumkan kerjasama menjadikan ShopeePay sertai ekosistem DuitNow. Melaluinya, pelanggan dapat memindahkan wang dengan segera dan selamat melalui ShopeePay dan akaun dari 40 buah bank serta 5 aplikasi e-Dompet lain yang mengambil bahagian.

Selain itu, ShopeePay juga akan menerima pakai DuitNow QR dan Standard QR Nasional Malaysia. Ia sekaligus membolehkan pengguna ShopeePay mengakses peruncit dan pekedai yang menerima pembayaran DuitNow QR. Penyertaan ShopeePay ke dalam ekosistem DuitNow akan mengembangkan ekosistem tersebut untuk kepentingan pengguna dan peniaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser berkata pihaknya begitu teruja dengan penyertaan Shopee sebagai pengguna awal DuitNow 2.0 yang membolehkan pelanggan untuk membeli-belah dan membayar dengan lancar. Gabungan debit segera akan menambah baik proses pembayaran dengan ketara dan pelanggan dapat melakukan transaksi dengan ringkas dan mudah.