Pelanggan Celcom Kini Boleh Menikmati Diskaun Tiket Penerbangan MAS

Celcom hari ini bersama dengan Malaysia Airlines menjalin kerjasama jangka masa panjang dalam majlis menandatangani persefahaman memorandum (MoU) bertempat di Menara Celcom. Hubungan dua hala ini bakal memberikan manfaat yang signifikan kepada kedua-dua syarikat dalam menawarkan pelbagai faedah kepada pelanggan Celcom dan Enrich serta kakitangan Malaysia Airlines.

MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom dan Malaysia Airlines Michael Kuehner bersama Izham Ismail, menunjukkan kedua-dua syarikat berazam dan komitmen dalam menambahbaik perkhidmatan disamping ke arah yang lebih digital.

Kombinasi syarikat gergasi ini membolehkan ahli Enrich menikmati ganjaran dengan lebih cepat melalui kaedah baru yang inovatif untuk mengumpul mata dan menebus ganjaran menerusi telefon pintar.

Sehubungan itu, kini pelanggan Celcom akan ditawarkan diskaun tiket penerbangan Malaysia Airlines dan pelan perayauan antarabangsa yang lebih menarik.

You might also like