
Video Pelik OnePlus 5T Tunjukkan Samsung Galaxy Note8 Ketinggalan
OnePlus sering mengeluarkan video-video menunjukkan peranti mereka menawarkan kepantasan dari segi prestasi dan pengecasan. Kali ini dalam sebuah video terbaru menunjukkan mereka membuat perbandingan antara dua telefon pintar iaitu OnePlus 5T dan Samsung Galaxy Note8.

Video promosi itu mempamerkan dua lelaki tidak berbaju sedang berdiri yang sedia untuk direjam dengan pokok kaktus. Mereka dikehendaki membuka 20 aplikasi yang biasa dibuka setiap hari untuk menguji kepantasan peranti masing-masing. Peranti mana yang lebih cepat dalam membuka dan menutup aplikasi, individu itu akan keluar dahulu dari lapang sasar.
Apa yang mengejutkan dalam ujian ini, peranti OnePlus 5T lebih pantas melakukan tugasan tersebut jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note8. Mungkin video daripada OnePlus ini sedikit kreatif dan pelik daripada video-video dari pengeluar telefon pintar lain.
Difahamkan dua peranti yang diuji itu memiliki cip pemproses yang sama iaitu Qualcomm Snapdragon 835.
https://www.youtube.com/watch?v=HGpLx7lt6RQ

