
Jam Pintar Fesyen Dari Haier
Bagi penggemar jam tangan pintar yang mementingkan reka bentuk yang elegan dan kemas, pastinya anda meminati Pebble Round, Samsung Gear S2 Classic dan beberapa model seumpamanya di pasaran. Kini anda mempunyai satu lagi pilihan terbaru yang juga menarik pada reka bentuknya dari Haier.
Haier Watch adalah jam tangan yang sangat bergaya, ia hadir dalam pilihan tali kulit, logam dan silikon. Bahagian badannya pula diperbuat dari logam yang memberikan kemasan premium kepada keseluruhan peranti. Haier Watch mempunyai paparan skrin bulat dengan kiraan piksel 400×400, paparan tersebut merupakan antara yang terbaik anda boleh cari di pasaran ketika ini. Ia juga memuatkan RAM sebesar 1GB dan memori dalaman 8GB. Jam tangan ini menggunakan sistem operasi Android Marshmallow yang diubah suai dan ia juga hadir dengan ciri-ciri asas seperti pengimbas nadi, accelerometer dan pedometer.



