
CEO Fitbit Yakin Akan Mengecapi Kejayaan Pada Tahun 2016
Fitbit adalah pengeluar peranti pintar yang meletakkan fokus kepada kesihatan dan sukan, prestasi mereka sedikit bercampur aduk. Fitbit sudah tiga kali berturut-turut menyangkal sangkaan prestasi kewangan yang dikeluarkan Wall Street, walaupun begitu pelabur masih tidak yakin akan kemampuan Fitbit dan pasaran saham mereka jatuh menjunam sebanyak 10.06%. Pada suku terakhir tahun lalu, Fitbit berjaya menjual sebanyak 8.2 juta peranti dan mencatat peningkatan hasil jualan sebanyak 64 %.

Dalam satu temubual bersama Fortune, James Park (CEO Fitbit) berkata dia sekali lagi ingin membuktikan yang jangkaan Wall Street adalah salah dan mahu meletakkan fokus sepenuhnya pada keseluruhan tahun 2016 dan tidak hanya meletakkan angka jualan pada suku tahun pertama sebagai tanda aras prestasi. Tanbah beliau lagi, Fitbit menjangkakan keuntungan jualan sebanyak 2.4 hingga 2.5 bilion pada tahun ini, 35% lebih tinggi berbanding tahun lepas.



