Smartphone Dengan RAM 6GB Pertama Di Dunia Telah Muncul

vivo-xplay-5-13_1

Jika dilihat peranti di pasaran ketika ini, rata-rata model flagship hadir dengan RAM 4GB. Anda pastinya sudah merasakan spesifikasi tersebut sudah cukup bagus bukan?! Kini tidak lagi, kerana sudah ada smartphone yang mempunyai RAM sebesar 6GB.

vivo-Xplay-5-

Smartphone tersebut dikeluarkan oleh Vivo dan dikenali sebagai XPlay5, spesifikasi yang ditawarkan jelas memperlihatkan smartphone ini ternyata disasarkan kepada mereka yang mementingkan prestasi. XPlay5 hadir dengan skrin berukuran 5.43 inci Super AMOLED, ia dikuasakan pemproses Snapdragon 820, kamera utama 16 megapiksel dengan sensor Sony IMX298 f/2.0 serta kamera depan beresolusi 8 megapiksel, kapasiti bateri pula sebesar 3600mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Jadi adakah anda berminat dengan XPlay5?

vivo-xplay-5

You might also like