
LG G5 Pilihan Modular Terbaru Untuk Anda
Pengeluar smartphone terkemuka dari Korea Selatan seperti Samsung dan LG sering kali hadir dengan kejutan setiap kali mereka memperkenalkan model terbaru peranti mereka. Pelbagai konsep dan fungsi yang telah mereka perkenalkan sepanjang era teknologi membangun, Pada MWC 2016, LG telah memperkenalkan model G5 yang sememangnya berbeza dari peranti model dari jenama mainstream.
G5 merupakan model modular pertama yang diperkenalkan syarikat gergasi, ia hadir dengan beberapa komponen boleh alih dan ganti yang membolehkan anda memuatkan komponen modular yang anda mahukan. Ketika pengumuman dilakukan terdapat dua modular yang dipamerkan kepada orang ramai iaitu komponen kamera dan audio.


