“Let’s Be Clear” Diperkenal – Aplikasi Kesihatan Mudah Alih Terbaharu Bagi Penghidap Psoriasis, Psoriatic Arthritis & Ankylosing Sondylitis

Dalam usaha menangani kebimbangan berkaitan kesihatan, Novartis Malaysia kini memperkenalkan Let’s Be Clear – sebuah aplikasi kesihatan mudah alih baharu yang menyerdiakan penyelesaian lanjutan daripada perubatan untuk bagi membantu pesakit menguruskan penyakit dialami dengan lebih baik.

Aplikasi ini telah dibangunkan secara khusus bagi pesakit yang menggunakan rawatan biologik daripada Novartis untuk merawat penghidap Psoriasis (tahap sederhana & kritikal), Psoriatic Arthritis & Ankylosing Sondylitis (AS).

Dalam pada itu, aplikasi ini juga menyediakan platform yang mesra pengguna – semua di hujung jari pesakit. Ia turut menawarkan pelbagai ciri menarik termasuk, pengimbas kod QR bagi memudahkan pemantauan pengambilan ubat dan ciri penebusan yang memberikan ganjaran menarik apabila pesakit mematuhi pross pengambilan ubat.

Malah, fungsi peringatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya seperti suntikan, temu janji bersama doktot dan maklumat penting lain juga boleh ditambah pada halaman utama bagi memudahkan pesakit membuat rujukan. Pesakit juga boleh mengikuti perkembangan penyakit dialami menerusi catatan jurnal harian, di samping mengambil ujian berkaitan penyakit dialami secara bulanan / setiap tiga bulan – bertujuan menilai dan mengesan simptom.

Lebih menarik, aplikasi ini juga disokong oleh laman permuka secara langsung dengan doktor yang menawar bagi membolehkan mereka mendapat laporan pesakit, lantas memantau perkembangan serta kemajuan pesakit. Maklumat lanjut, layari Novartis Malaysia. Muat turun aplikasi Let’s Be Clear secara percuma menerusi :

You might also like