
Nokia 5G Menyambungkan Peranti Pada Tahun 2017
Nokia sudah mula mengorak langkah dalam pembangunan sambungan dan teknologi 5G. Menurut ketua eksekutif Nokia, Rajeev Suri berkata tahun 2016 akan menjadi tahun terpenting bagi Nokia kerana mereka akan fokus dalam pembangunan sambungan 5G dan menjangkakan ianya bakal sedia digunakan khalayak ramai menjelang tahun 2017.
Beliau yang bercakap ketika majlis MWC 2016 di Barcelona berkata 5G bakal hadir lebih awal dari jangkaan asal iaitu tahun 2020 dan menekankan yang pengenalan teknolgi 5G juga bergantung pada pengeluar peranti lantas menggesa mereka agar turut serta dalam menghasilkan peranti yang menyokong sambungan tersebut. Sambungan 5G dijangka akan memberi impak yang lebih besar kepada dunia dan ekosistem teknologi pintar. Ianya mampu menyambungkan peranti pintar, mesin pintar dan bandar dalam satu ekosistem sambungan yang menyeluruh. Suri juga memberitahu bahawa syarikat SK Telecom bercadang untuk menyediakan rangkaian 5G yang sedia digunakan untuk 2018 Winter Olympics di Korea Selatan dan Jepun.

