Google Maps Kini Boleh Menyimpan Lokasi Tempat Letak Kereta Anda

Google Maps kini menambah ciri-ciri baru bagi memudahkan anda menyimpan lokasi tempat letak kenderaan, ini lebih berguna jika terlupa akan lokasi kenderaan yang diletakkan. Ciri-ciri baru ini telah diperkenalkan pada platform Android dan iOS. Terdahulu, ciri-ciri “save your parking” telah diperkenalkan untuk versi Beta, kini pelancarannya lebih meluas kepada semua pengguna.

Bagi peranti Android, pengguna boleh menekan di butang di blue dot, kemudia tekan “save your parking”. Google Maps akan simpan, seterusnya anda boleh melihat label kenderaan yang telah diletakkan dan mengetahui tingkat berapa kenderaan anda. Selain boleh mengambil gambar, berkongsi dengan rakan-rakan mengenai lokasi kenderaan juga mudah.

“Bagi pengguna iOS pula, penggunaan ciri-ciri ini tidak jauh beza. Jika anda menggunakan sambungan Bluetooth atau USB di dalam kereta seperti contoh, lokasi anda akan terus dimasukkan secara automatik sejurus anda keluar daripada kenderaan anda”, ujar Jeff Albertson.

You might also like