Pepijat CS:GO Menyebabkan Pemain Terkeluar Dari Game Dan Jatuh Ranking. Ini Penyelesaiannya

Pemain Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO) telah terkena bug yang amat menjengkelkan, di mana bug ini menyebabkan mereka terkeluar dari dari permainan, lantas menyebabkan ranking pemain jatuh.

Menurut sejumlah laporan di internet, termasuk di Reddit dan YouTube, setelah kemas kini patch 4 Mei dilepaskan, pemain CS:GO mengalami gangguan dengan pesanan berikut, “Pure server: file [GAME]\pak01_001.vpk does not match the server’s file.” Ini juga bukan pertama kali masalah ini berlaku, kerana terdapat laporan yang sama mengenai isu seperti ini yang muncul sejak beberapa tahun yang lalu. 

Jika anda melihat catatan untuk patch CS:GO terbaru, salah satu kemas kini permainan adalah seperti berikut: ” sv_pure servers will now kick clients that have loaded asset files into game memory from files not present on game server filesystem.” Ini bermakna, apa sahaja perubahan yang dilakukan akan menyebabkan ralat di dalam sistem permainan lantas menendang keluar pemain dari permainan yang sedang aktif. 

Di sini kami ada jalan untuk menyelesaikan isu pepijat ini.

  1. Tutup aplikasi Steam
  2. Buka direktori CS:GO, secara default ianya adalah C:\Program Files (x86)\Steam\Steamapps\Common\Counter-Strike Global Offensive\csgo
  3. Padam fail “materials” dan “models”, anda disarankan untuk melakukan backup kepada fail ini dahulu
  4. Lancarkan semula aplikasi Steam
  5. Cari CS:GO di dalam library permainan dan right-click CS:GO, kemudian pilih “Properties
  6. Klik tab “Local Files
  7. Klik pada “Verify Integrity of Game Files
  8. Tunggu proses validasi hingga selesai

Fail yang anda padamkan tadi akan dimuat turun semula, dan seharusnya ia akan menghentikan ralat yang dihadapi. Melalui diskusi di ruangan Reddit, tips ini berkesan kepada majoriti pemain, namun masih ada yang mengahdapi masalah yang sama walaupun telah mencuba tips di atas.

Apa kata anda cuba dahulu tips tersebut dan jika berjaya anda boleh terus bermain seperti biasa. Tidak diketahui bilakah Valve akan melancarkan kemas kini untuk menyelasikan isu ini.

Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

 

You might also like