
Memandangkan ramai yang bekerja dari rumah ketika musim COVID-19 ini, pasti ramai yang menggunakan hotspot dari smartphone ke komputer/laptop kerana bagi mereka yang berada di kampung, mungkin kemudahan WiFi tidak ada di kediaman.

Satu kerisauan yang pasti di fikiran adalah untuk menjimatkan kuota data ketika menggunakan hotspot dari smartphone. Kali ini kami kongsikan cara untuk anda mengawal data yang digunakan komputer/laptop ketika bekerja agar anda boleh memanjangkan jangka hayat kuota data anda.
Berikut adalah langkah-langkahnya:

Pertama, pastikan komputer atau laptop anda sudah disambungkan pada sambungan hotspot smartphone anda. Right-click tetikus anda pada sambungan WiFi tersebut dan pilih Open Network & Internet Setting.
Kemudian pilih Change connection properties.

Klik untuk aktifkan fungsi Set as metered connection. Pada kebiasaannya, ini sudah cukup memadai untuk menjimatkan data anda, namun untuk mengawal data dengan lebih terperinci, sila rujuk sambungan langkah seterusnya.

Pilih fungsi Set a data limit to to help control data usage on this network.

Klik Set limit.

Pilih Monthly dan hari kitaran kiraaan data. Kemudian masukkan had data dan unit yang anda mahukan. Klik Save untuk simpan tetapan ini.
Akhir sekali, pastikan anda mengaktifkan pilihan Always pada tetapan Background data untuk menghadkan data yang digunakan Windows.

