
Shhhh…Ni Rahsia…Permainan Percuma Dari Epic Games Store
Macam biasa, selepas Khamis kami akan sentiasa menjenguk ke dalam portal Epic Games Store untuk melihat tawaran permainan percuma mingguan yang ditawarkan pengedar permainan tersebut. Sesuatu yang aneh dapat kami lihat pada minggu ini kerana…

Permainan percuma terbaru ini adalah misteri dan hanya akan diberitahu pada 14 Mei nanti (8:00 PDT / 11:00 EDT / 16:00 BST). Pegumuman permainan misteri ini membawa sedikit mengujakan kerana ramai merasakan Epic Games Store bakal memberikan permainan permainan ber-title besar akan diberikan secara percuma nanti. Jangan kena game sudah 14 Mei nanti, kebelakangan ini kita rakyat Malaysia kerap di-game.

Sementara itu kita boleh menebus permainan percuma Death Coming dari Epic Games Store dengan jalan cerita yang agak unik, di mana pemain perlu mengawal dan mencipta keadaan untuk mewujudkan kemalangan kepada karakter-karakter di dalam permainan. Jangan lupa untuk mengaktifkan fungsi 2FA pada akaun Epic Games Store anda untuk menebus permainan ini.
Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

