
Pengeluaran iPhone 12 Di Kilang Foxconn’s India Kurang Separuh Gara-Gara COVID 19!!
Baru-baru ini, kes jangkitan COVID di India Semakin meningkat dan perkara ini secara langsung telah memberi kesan kepada pengeluaran iPhone 12 di kilang Foxconn yang mana jumlah pengeluarannya telah berkurang hampir separuh.

Dalam satu pendedahan daripada Foxconn, 10 orang jurutera China di kilang tersebut telah positif COVID 19 dan dijangka lebih dari 100 orang pekerja mungkin akan dijangkiti.
Dalam satu laporan daripada Reuters, Foxconn telah menguatkuasa undang-undang bahawa tiada pekerja yang dibenarkan masuk ke dalam kilang.
BUkan hanya kilang Foxconn sahaja yang terjejas, namun kilang di Wistron juga terjejas yang mana 3 orang jurutera dari Taiwan telah disahkan positif.