
Imej & Maklumat Siri OPPO Reno6 Tertiris?? Betul Ke Ni?
Maklumat mengenai model OPPO 5 G terbaharu yang menggunakan nama model PEPM00 dan PENM00 kini terdedah. Dikhabarkan kedua-dua model ini adalah milik OPPo Reno Pro dan OPPO Reno6 Pro+.

Menariknya, kedua-dua peranti ini menyokong Jalur Lebar Mudah Alih 5G-Enhanced (eMBB) dan dua kad dual standby, dilengkapi dengan sistem operasi Android.
Bukan maklumat itu sahaja, dikhabarkan juga AnTuTu telah mendedahkan maklumat skor yang mungkin milik OPPO Reno6 yang menduduki mata sebanyak 713731.

Menurut maklumat tertiris lagi, OPPO Reno6 mungkin akan hadir dengan skrin 6.55″ dengan kadar segar semula 90Hz dan kapasiti bateri 4500mAh.
Sejauh manakah kebenaranya? perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak!