
Kesalinghubungan amat diperlukan untuk pekerjaan, pembelajaran dan hiburan. Menyedari kepentingan Internet untuk keluarga yang memenuhi keperluan pada harga yang berpatutan. Pelan Maxis Family yang baru telah dilancarkan untuk memenuhi keperluan harian seperti data, Internet di rumah dan akses ke peranti baru.

Dengan hanya RM299 sebulan, seluruh keluarga dapat menikmati data tanpa had di empat saluran telefon bimbit dan juga jalur lebar rumah mereka pada kelajuan 30Mbps dengan pilihan untuk menaik taraf ke kelajuan hingga 800Mbps. Terdapat juga pilihan untuk menambah hingga empat peranti baru melalui kontrak Maxis Zerolution dari RM19 untuk setiap talian mudah alih. Pelanggan boleh memilih dari pilihan telefon pintar, tablet dan jam pintar, supaya semua orang dalam keluarga dapat menikmati akses ke peranti terbaru.
Selain peranti pintar, Pelan Maxis Family juga menawarkan TV Zerolution bagi keluarga yang ingin meningkatkan hiburan mereka untuk semua orang di rumah. Dengan harga serendah RM1 sebulan, pelanggan dapat memiliki TV Samsung 65” untuk pengalaman hiburan yang lebih imersif.

Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk mendaftar Plan Maxis Family pelanggan boleh kunjungi mana-mana Maxis Center atau lawati https://www.maxis.com.my/en/mobile-plans/family-plan/