
89 Peranti Menyokong Sistem Operasi MIUI 13??!!
Dalam satu maklumat yang diperoleh, sebanyak 89 buah peranti yang menyokong MIUI yang dijangka akan dikeluarkan pada 25 Jun ini.

Berkemungkinan siri Mi 9, Mi MIX 3, siri Redmi Note 8 dan Redmi 8 tidak akan terima kemaskini.
Sudah tentu, 89 peranti yang muncul sekarang hanyalah senarai awal. Bagaimanapun, siri Mi MIX 2S dan Mi 8 juga tidak termasuk dalam dua kumpulan senarai sokongan pertama untuk MIUI 12.5, tetapi ia masih akan ditingkatkan.