[ Ura – Ura ] : Nubia Bakal Bekalkan Pengecasan Pantas 80W Pada Peranti Keluaran Akan Datang? Biar Betul?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi pengecasan pantas semakin lama nampaknya semakin hebat. Kini, terdapat angin desas-desus mengatakan Nubia bakal menyertakan sokongan pengecasan pantas 80W pada peranti keluaran mereka yang akan datang.

Memetik sumber, pengasas Nubia iaitu Ni Fei telah mengesahkan bahawa peranti akan datang keluaran Nubia akan didatangkan dengan pengecasan pada 9.6A / 8.4V – di mana dikatakan kira kira berkuasa 80W. Sumber juga mendakwa ia mungkin diperkenalkan pada model Nubia Red Magic 5G. Kelajuan pengecasan ini juga memberi gambaran bahawa ia mungkin didatangkan dengan kapasiti bateri cukup besar.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like