Siri h.ear 2 Dari Sony Kini Tampil Lebih Kompak Dengan Pilihan Warna Baharu

Selain melancarkan fon kepala siri 1000X dan juga pemain muzik Walkman NW-Z300. Sony Malaysia turut mengambil kesempatan yang ada untuk memperkenalkan siri terbaru h.ear 2 yang kini tampil dengan rekaan yang lebih kompak untuk koleksi 2017 ini.

Di dalam majlis pelancaran itu, Sony telah mengumumkan kemunculan siri h.ear 2 yang merangkumi tiga model fon kepala tanpa wayar dan juga dua model fon kepala dengan wayar. Apa yang lebih menariknya, kesemua model dari siri h.ear 2 ini telah didatangkan dalam lima pilihan warna yang sama seperti siri Walkman NW-A40 yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu Horizon Green, Twilight Red, Grayish Black, Pale Gold dan juga Moonlight Blue.

Siri h.ear on 2 :

h.ear on 2 Wireless NC (WH-H900N)

RM 1,159

h.ear on 2 Mini Wireless (WH-H800)

RM 959

h.ear on 2 (MDR-H600A)

RM 799

Siri h.ear in 2 :

h.ear in 2 Wireless (WI-H700)

RM 859 (akan dijual bermula 18 Disember 2017)

h.ear in 2 (IER-H500A)

RM 399
You might also like