Sony Walkman NW-ZX300 Mula Dijual Pada Harga RM2,599

Sony Walkman NW-ZX300 menyokong sambungan Bluetooth dan NFC.

Sama seperti fon kepala tanpa wayar dari siri 1000X, Sony Walkman NW-ZX300 juga merupakan salah satu daripada peranti yang pernah didedahkan buat pertama kalinya pada acara IFA 2017 yang lalu. ZX300 merupakan pemain muzik yang disasarkan untuk golongan ‘audiophile’ kerana ia menjanjikan bunyi audio yang berkualiti tinggi dan juga rekaan yang sangat premium.

Dengan masa mengecas penuh yang mengambil masa lebih kurang 5.5 jam, ZX300 berupaya menawarkan masa memain muzik MP3 tanpa henti sehingga mencecah 30 jam. Malah rekaan yang nipis dan ringan ini juga sangat sesuai untuk digunakan sebagai alat untuk anda mendengar muzik kegemaran tidak kira di mana jua anda berada. Sokongan amplifier digital beresolusi tinggi dengan S-Master HX pada ZX300 menjanjikan bunyi terbaik dengan keupayaan memain semula audio berkualiti 384kHz/32bit.

Dari segi rekaan pula, ZX300 telah diperbuat daripada kerangka aluminium yang bukan sahaja lebih tahan lasak dan premium, bahkan turut membantu dalam menghasilkan bunyi vokal serta bes yang lebih baik. Penyediaan memori dalaman sebesar 64GB dengan slot kad microSD sudah tentunya memberikan anda lebih ruang untuk menyimpan lebih banyak koleksi lagu kegemaran.

Sony Walkman NW-ZX300 sudah boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga jualan RM2,599 dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Hitam.

You might also like