Lenovo Melancarkan Komputer Riba Star Wars Edition Yoga 920 Berharga RM8,888

Mr. Khoo Hung Chuan, General Manager Lenovo Malaysia

Lenovo hari ini dengan rasminya mengumumkan model Star Wars Edition Yoga 920 di pasaran tempatan. Lenovo Star Wars Edition Yoga 920 hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih yang mana berwarna putih hadir dengan ukiran logo Rebel Alliance, manakala warna hitam pula diukir dengan logo Galactic Empire.

Lenovo Star Wars Edition Yoga 920 menampilkan skrin bersaiz 13.9 inci dengan paparan 4K (3840 x 2160 piksel). Cip kuasa dibekalkan oleh Intel Core i7 serta RAM sebesar 16GB DDR4 bersama ruang storan berkapasiti 512GB PCle SDD.

Lebih istimewa, bateri yang mampu bertahan sehingga 15.5 jam turut menyokong fungsi pengecasan pantas serta dilengkapi dengan pengimbas cap jari untuk keselamatan komputer riba anda.

Memandangkan model ini merupakan edisi terhad, jadi pengeluarannya juga terhad. Kepada yang berminat boleh membeli Lenovo Star Wars Edition Yoga 920 bermula Disember 2017 dan dijual pada harga RM8,888. Ia boleh didapati di Lenovo Exclusive Store dan Lenovo Multi Brand Store serta kedai atas talian Lenovo di Lazada.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan komputer riba edisi terhad ini, anda boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Lenovo. Sebanyak 15 buah komputer riba Star Wars Edition Yoga 920 akan diberikan secara percuma.

  • Layari Facebook Lenovo Malaysia
  • Pilih sama ada anda berpihak kepada Rebel Alliance ataupun Galactic Empire dan nyatakan sebab anda memilihnya, tidak melebihi 25 patah perkataan.
  • Kongsikan jawapan tersebut dan jangan lupa tanda pagar #LenovoGalaticMY #LenovoAllianceMY #StarWars #TheLastJedi #Yoga920 #DifferentIsBetter
You might also like