Miliki Lenovo Yoga 520 & Yoga 720 Pada Harga Bermula RM2,799

Lenovo Yoga 520

Ada kalanya pengguna mudah alih mahukan kuasa penuh dan kemampuan produktiviti PC di dalam sebuah mesin yang nipis dan ringan. Seiring dengan pelancaran Lenovo Star Wars Edition Yoga 920, Lenovo menawarkan dua model lain iaitu Yoga 520 dan Yoga 720.

Lenovo Yoga 520 menampilkan paparan skrin bersaiz 14 inci FHD yang dilengkapi pemproses i7 Intel Core Generasi ke-7, NVIDIA GeForce 940 MX, memori RAM sehingga 16GB DDR4 dan bateri yang mampu menawarkan kuasa operasi sehingga 10 jam.

Lenovo Yoga 520 yang boleh diputar sehingga 360 darjah

Sementara itu, Lenovo juga memperkenalkan sebuah lagi model dengan paparan skrin lebih kecil iaitu Yoga 720. Skrin bersaiz 13.3 inci FHD telah dikuasakan oleh pemproses i7 Intel Core Generasi ke-7 serta kad grafik NVIDIA GTX1050 dan RAM sehingga 16GB DDR4. Bateri pula mampu menawarkan kuasa operasi sehingga 10.5 jam.

Lenovo Yoga 720

Direka lebih nipis dan kompak, kedua-duanya dilengkapi sokongan pengimbas cap jari dan pembantu digital Cortana.

Sokong fungsi pengimbas cap jari

Lenovo Yoga 520 dijual pada harga bermula RM2,799 dan Yoga 720 pula ditawarkan pada harga bermula RM5,599. Kedua-duanya boleh didapati di Lenovo Exclusive Store dan Lenovo Multi Brand Store serta kedai atas talian Lenovo di Lazada.

You might also like