Paparan Samsung Galaxy S8 / S8+ Terjejas Dengan Perubahan Warna Merah

Walaupun Samsung Galaxy S8 dan S8+ hanya membuka pra-tempah sahaja kepada pasaran tempatan, dah ada pula masalah paparan kelihatan seperti kemerahan! Perkara ini telah diajukan oleh segelintir pengguna terawal di Korea Selatan.

Penganalisis berpendapat perkara ini berlaku kerana masalah keseimbangan warna semasa pembuatan OLED di kilang. Dalam laporan Media KoreaHerald, menyatakan ramai pengguna membanjiri media sosial dengan aduan mengenai isu ini, manakala sesetengah pengadu menghantar gambar perbandingan antara paparan normal dan paparan bermasalah.

Di samping itu, seorang penganalisis industri mendakwa isu itu mungkin disebabkan oleh masalah keseimbangan warna oleh penggunaan AMOLED merah yang mendalam. Laporan itu menerangkan paparan pada OLED terdiri daripada dua sub-pixel, merah-hijau dan biru-hijau. Kemungkinan dalam proses pembuatan tersebut campuran pada pixel tidak tepat dan sama telah terjadi.

Tidak semua pengguna menghadapi masalah ini, Samsung menyatakan bahawa pengguna yang menghadapi masalah ini boleh menyelaraskannya di dalam telefon itu sendiri. Jika warna merah masih kelihatan, pengguna boleh menukar peranti di pusat khidmat pelanggan yang berdekatan.

Kami berpendapat bahawa pihak Samsung akan mengatasi masalah ini secepat mungkin pada second batch mereka.
You might also like