Penggunaan Smartphone Di Sekolah Akan Dipertimbangkan – Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mempertimbangkan penggunaan telefon pintar di dalam kelas hanya untuk bantuan dalam pembelajaran sahaja. Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku menteri yang bertanggungjawab memberitahu bahawa, kementeriannya akan mengubah undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan penggunaan telefon pintar di dalam kelas selaras dengan teknologi yang semakin maju.

Ilmu di hujung jari kini mudah didapati di laman sesawang dan dapat menjimatkan masa pembelajaran. Selain itu, beliau juga bercadang untuk menaik taraf kelajuan Internet yang digunakan di setiap sekolah pada masa kini. Namun jika cadangan ini diteruskan, pihak kementerian perlu memantau penggunaanya di dalam kelas dan tidak memandang remeh berikutan laman sesawang juga boleh disalah guna pada perkara yang tidak bermoral.

 

You might also like