
Samsung Malaysia Electronics membawakan produk terbaik mereka ke acara Kuala Lumpur International AV Show. Sejak diperkenalkan pada acara Samsung SEA Forum 2016 pada bulan Februari lalu, SUHD TV yang mampu memaparkan gambar berkualiti tinggi selain mempunyai reka bentuk anggun telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa. Teknologi Quantum dot display adalah yang pertama dalam industri untuk menawarkan kecerahan yang menakjubkan, kontras yang luar biasa dan warna jitu.

Samsung juga membawakan pemain Ultra HD Blu-ray mereka yang pertama, UBD-K8500, yang menawarkan empat kali resolusi dan kualiti warna yang lebih tinggi daripada pemain Blu-ray lain. Apabila dipasangkan bersama TV SUHD, anda bakal menyaksikan paparan imej yang sangat tajam, penuh butiran dan berkualiti tinggi yang belum anda saksikan sebelum ini.

Turut menyertai barisan produk pada acara tersebut adalah HW-K950 Soundbar, produk soundbar pertama dari Samsung yang dilengkapi Dolby Atmos. Soundbar ini juga mempunyai dua speaker tanpa wayar yang mampu menghasilkan bunyi berkualiti tinggi. Keseluruhan set produk in mampu memberikan 5.1.4 channel sound, sekaligus memberikan kualiti bunyi sinematik ketika anda menonton TV.



