

vivo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar Flagship ZEISS Portrait terbaharunya, vivo V60, menerusi pelancaran eksklusif dan roadshow vivo V60 Superday di Pulau Pinang, memberikan peminat tempatan akses pertama kepada pengalaman pengimejan berkuasa ZEISS. Sempena pelancaran ini, vivo menawarkan promosi Superday istimewa di mana pelanggan yang membeli vivo V60 akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga dengan setiap pembelian, selagi stok masih ada. Diskaun tambahan untuk aksesori turut ditawarkan sepanjang acara yang berlangsung selama satu hari sahaja, dan peminat dijemput hadir ke roadshow untuk menjadi antara yang pertama merasai kehebatan potret premium vivo V60.
“Dengan harga di bawah RM2,000, pelanggan berpeluang memiliki telefon pintar flagship berkuasa ZEISS untuk potret,” kata Mark Long, Pengurus Wilayah Utara vivo Malaysia. “vivo V60 menggabungkan lensa potret ZEISS dengan prestasi pengimejan yang setanding dengan flagship premium, menjadikannya pilihan naik taraf ideal untuk peminat fotografi. Sempena roadshow vivo V60 Superday di Pulau Pinang, pelanggan yang membeli peranti ini dari tarikh pelancaran hingga 7 September menerima pek hadiah selepas jualan eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga. Sambutan amat menggalakkan, dan kami berbangga dapat membawa pengalaman ini kepada peminat kami di rantau ini.”

Pada hari acara, 20 pelanggan pertama yang membeli vivo V60 akan menerima hadiah premium eksklusif sebagai tanda penghargaan vivo kepada pengguna terawal. Pelanggan yang berada di kedudukan pertama hingga kesepuluh akan menerima kotak hadiah kolaborasi edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga, manakala pelanggan di kedudukan kesebelas hingga kedua puluh akan membawa pulang bagasi vivo V60 rekaan khas yang bergaya dan praktikal. Selain itu, semua pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar vivo semasa roadshow Superday layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM1,000 termasuk peranti pintar dan aksesori premium. vivo V60 Superday bukan sekadar pameran produk — ia merupakan sambutan dinamik inovasi dan komuniti, mengundang peminat untuk merasai kehebatan potret flagship vivo V60 dalam suasana yang imersif dan penuh keterlibatan.
Dibangunkan bersama ZEISS, vivo V60 baharu mentakrif semula fotografi potret dengan Kamera Super Telefoto ZEISS 50 MP yang serba boleh, menampilkan 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait terunggul dalam segmen, ZEISS Multifocal Portrait dengan dua panjang fokus emas terus dari flagship vivo – vivo X200, iaitu 85mm dan 100mm, serta pelbagai ciri pengimejan lanjutan yang lain.
“Dibangunkan dengan visi untuk membawa fotografi potret setaraf profesional ke dalam telefon pintar, vivo V60 membantu pengguna merakam momen indah dengan mudah. Dengan 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera yang mampu menghasilkan potret jarak dekat yang lebih jelas walaupun dari jauh, inilah peranti yang pasti anda ingin bawa ke acara istimewa seterusnya,” kata Mike Xu, CEO vivo Malaysia. “Daripada kemampuan fotografi yang mudah, reka bentuk tahan jatuh, hinggalah bateri yang tahan lama, vivo V60 adalah teman setia yang mampu mengikuti rentak anda serta menyokong tugasan paling mencabar.”
Dibangunkan Bersama ZEISS untuk Merakam Setiap Detik Istimewa dengan Penuh Keindahan dan Perincian
vivo V60 baharu hadir dengan sistem pengimejan serba boleh yang dibangunkan bersama ZEISS, direka untuk menghasilkan potret memukau, vlog persembahan, serta momen istimewa bersama rakan dan keluarga. 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera memberikan hasil setaraf profesional dengan sensor Sony IMX882 (1/1.953”) berkuasa tinggi dan bukaan besar f/2.65. Reka bentuk periskop inovatifnya pula membolehkan zum telefoto yang lebih hebat tanpa menambah ketebalan modul kamera.

(Gambar hanyalah simulasi untuk tujuan demonstrasi. Sila rujuk hasil rakaman sebenar sebagai standard.)
(Gambar hanyalah simulasi untuk tujuan demonstrasi. Sila rujuk hasil rakaman sebenar sebagai standard.)
vivo V60 dengan 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait membolehkan pengguna merakam close-up persembahan pentas yang jelas dan hidup, seolah-olah mereka berada di barisan hadapan. Ia mengekalkan perincian halus seperti ekspresi wajah, tona kulit semula jadi dan tekstur pakaian, menjadikan tenaga persembahan terasa dalam setiap foto. Dengan algoritma eksklusif vivo, pengguna hanya perlu ketik mod Stage Style untuk mengoptimumkan rakaman pentas secara automatik.
Satu lagi ciri hebat ialah ZEISS Multifocal Portrait yang menawarkan lima panjang fokus potret emas, diinspirasikan daripada kamera profesional. Dipertingkatkan dengan ZEISS Style Bokeh, pengguna kini lebih mudah merakam potret sinematik yang menampilkan gaya ikonik lensa ZEISS. Untuk acara khas seperti konsert atau festival muzik, panjang fokus 85 mm dan 100 mm membolehkan pengguna merakam detik penuh emosi dari jauh dengan kualiti sinematik dan kesan bokeh yang lembut.
vivo V60 tersedia dalam tiga pilihan warna yang diinspirasikan oleh alam semula jadi: Berry Purple, Summer Blue dan Misty Grey. Setiap warna direka dengan teliti untuk mengimbangi keanggunan visual dan praktikaliti harian, sesuai dengan pelbagai gaya dan citarasa peribadi.

Ketersediaan
Bermula hari ini, vivo V60 boleh didapati pada harga RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,299 untuk varian 12GB + 512GB. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vivo.com/my
Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

