OPPO A92 Kini Rasmi Bagi Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1199

OPPO kini secara rasmi telah merasmikan peranti terbaharunya yang dikenali dengan OPPO A92 yang mana ia bakal dijual pada harga RM1199.

Peranti ini bukan peranti biasa-biasa apabila ia dihadirkan dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.5″ IPS LCD FHD+.

dari aspek dalaman pula, ia dihadirkan ndengan cip pemproses Snapdragon 665 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Dari aspek kamera juga mengagumkan apabila ia dilengkapi dengan  48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera swafoto.

Bateri juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan kapasiti 5000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 18W.

Bagi setiap Pra-tempahan, anda boleh memiliki Bluetooth speaker(RM199) dan 1 tahun jaminan lanjutan (RM99) secara percuma.

You might also like