
Sehingga 20 November, pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Prepaid dan Hotlink Postpaid yang mendaftar dengan iQIYI di Maxis TV untuk pertama kalinya, akan menikmati akses VIP percuma ke iQIYI dan data 10GB untuk strim drama, rancangan dan filem Asia yang popular di pelantar tersebut.

Maxis TV adalah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem hingga rancangan TV yang berpatutan dan fleksibel untuk semua orang. Platform ini mudah diakses melalui aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid, yang membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja dengan cara yang diinginkan.
Pas VOD bermula dari RM3 / hari yang digabungkan dengan data dan merangkumi pilihan kandungan kegemaran semua – Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan kandungan Melayu tempatan popular. Pembelian pas Maxis TV VOD dibuat dengan mudah – caj dikenakan ke atas bil Maxis atau kredit Hotlink.Maxis TV menawarkan pas VOD yang fleksibel dengan data percuma untuk streaming pada harga yang berpatutan:

Untuk menyampaikan kandungan terbaik yang disukai semua di Malaysia, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan VOD berkualiti, seperti iflix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV, iQIYI dan banyak lagi untuk menawarkan perkhidmatan ini. Pelanggan dapat melihat pilihan mereka dengan mudah melalui aplikasi mudah alih mereka.
Untuk membeli pas VOD dan segera nikmati kandungan terbaik atau untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi https://www.maxis.com.my/lifestyle/entertainment/maxis-tv atau https://www.hotlink.com.my/bm/lifestyle/entertainment/maxis-tv