HUAWEI MateBook D 15 Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan!

Memang hebat dan terbaik! HUAWEI MateBook D 15 dikatakan telah habis terjual pada hari pertama jualan rasminya. Roadshow ini berlangsung di empat lokasi berbeza di seluruh Malaysia – termasuk IOI City Mall, Sunway Pyramid, Queensbay Mall, dan Imago Mall. Roadshow ini juga ternyata berjaya menarik perhatian ramai peminat setia HUAWRI yang dilihat beratur panjang.

Bahkan, terdapat juga pengunjung yang beratur seawal 6 pagi! Ia jelas menunjukkan bahawa HUAWEI kini berjaya mencapai skala terbaik dalam mencipta suatu rekod baharu. Pada roadshow jualan tersebut, setiap pelanggan yang membeli HUAWEI MateBook D 15 membawa pulang hadiah menarik bernilai sehingga RM1,287 – termasuk Microsoft 365, Bluetooth mouse dan FreeBuds 3. Menarik bukan?

Ditawarkan pada harga RM2,499, HUAWEI MateBook D 15 didatangkan dalam warna Mystic Silver bersama sejumlah spesfikasi menarik seperti 8GB RAM, 256GB SSD dan 1TB HDD. Ia juga menyertakan 3 port USB (1x USB 3.0 & 2x USB 2.0), 3.5mm headset jack dan port HDMI. Untuk tempahan stok masa akan datang, korang boleh membuat pra – pesanan menerusi HUAWEI Experience stores atau HUAWEI Online Store.

Reviu Eksklusif: Nak Laptop Rekaan Cun-Melecun & Prestasi Tiptop? HUAWEI MateBook D 15 Adalah Jawapannya! 

You might also like