
Peranti Misteri HONOR Muncul Di TEENA – Kamera Belakang Dengan Rekaan Segi Empat Memanjang?
Sudah agak lama kita tidak mendengar khabar berita daripada HONOR kan? Kini, mereka memecah kesepian dengan kemunculan peranti misteri – telah disenaraikan di laman TEENA. Memetik imej dikongsi, peranti misteri ini mempunyai perumahan kamera belakang berbentuk segi empat memanjang.

Peranti ini muncul dengan kod nama “MOA-AL00” dan dikatakan telah disahkan sejak 25 Disember yang lalu. Imej pada data pangkalan data TEENA turut menunjukkan peranti tersebut bakal didatangkand dengan kemasa warna biru – memberi gambar ia merupakan salah satu pilihan warna untuk model berkenaan.
Imej hadapan peranti tidak mendedahkan sebarang reka bentuk pada skrin. Namun begitu sumber mengatakan jika imej tersebut dicerahkan sedikit, terdapat seakan – akan rekaan takuk kecil pada skrin hadapan. Selain itu, tiada sokongan pengimbas cap jari fizikal dilihat – sekaligus memberi bayangan ia bakal didatangkand dengan pengimbas cap jari pada skrin dan seharunya ia menggunakan panel AMOLED.


Beralih pada bahagian belakang, terdapat perumahan segi empat memanjang yang agak ‘luas’ bersama dua lensa – terdapat persediaan LED Flash di antara kedua- dua lensa. Peranti misteri ini juga dilihat seakan – akan dibina dengan kemasan kaca bersama sudut melengkung pada keempat – empat sisi.
Buat masa ini, masih belum diketahui apakah nama rasmi untuk model ini. Butiran lanjut mengenainya mungkin bakal muncul pada minggu – minggu mendatang. So stay tuned! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

