
Rekod Terbaru Pokemon Go!
Ramai sudah maklum akan fenomena Pokemon Go yang melanda sekarang ini, kegilaan permainan tersebut bukan sahaja dirasai oleh negara-negara yang mendapat akses sah permainan tersebut, malah ia juga turut dirasai peminat yang terpaksa menunggu sehingga ke hari ini untuk bermain permainan tersebut.
Rekod demi rekod telah dicatatkan permainan Pokemon Go, selepas menjadi aplikasi mudah alih paling laris di Amerika Syarikat dan mempunyai pengguna aktif lebih daripada Twitter, Pokemon Go mencatatkan pula rekod sepanjang masa sebagai aplikasi iOS paling banyak dimuat turun.
Menurut Laura Martin (penganalisa kewangan), Pokemon Go mampu menjana 3 Bilion USD kepada Apple dalam masa 1 hingga 2 tahun, pendapatan tersebut adalah melalui syer 30% bagi setiap pembelian dalam aplikasi. Satu lagi statistik menarik muncul di mana, menurut analisa, 53% pengguna yang tidak pernah melakukan transaksi pembelian dalam aplikasi sepanjang 6 bulan yang lalu telah pun melakukan pembelian apabila bermain Pokemon Go.

