Acer Predator X34P & Z35P, Menampilkan Skrin Melengkung UltraWide & NVIDIA G-SYNC

Acer Predator Z35P

Pelancaran Acer Predator diteruskan dengan dua monitor melengkung baru iaitu Predator X34P serta Z35P. Menampilkan paparan skrin bersaiz 34 inci dan 35 inci, ia menyokong paparan UltraWide QHD (3440×1440 piksel) dengan lengkungan mengagumkan iaitu 1900R serta 1800R.

Monitor Predator X34P menampilkan satu panel IPS bagi memastikan prestasi lebih mantap semasa bermain permainan video menerusi warna yang lebih jelas. Manakala Predator Z35P pula menggunakan panel VA untuk sudut pandangan, kontras serta warna hitam yang lebih baik. Ia secara tidak langsung memberikan pemain mengalaman visual yang lebih mengujakan.

Acer Predator X34P

Sokongan NVIDIA G-SYNC pada kedua-dua monitor ini menjanjikan prestasi lebih lancar. Kehadiran teknologi NDIVIA Ultra Low Motion Blur pada model Z35P pula dapat mengurangkan kekaburan pergerakkan dengan memberikan persekitaran permainan video yang lebih menarik dan pantas.

Dari segi audio, sokongan dua pembesar suara terbina pada Predator X34P mampu memberikan audio bertaraf antarabangsa. Manakala gabungan teknologi DTS Sound serta Acer TrueHarmony pada model Z35P dapat memberikan pengalaman gaming yang luar biasa.

Dipasang dengan Predator GamingView, kedua-dua monitor ini hadir dengan tiga mod istimewa berbanding mod sedia ada iaitu Action, Racing dan Spots yang boleh diakses dengan mudah melalui satu hotkey atau menu On-Screen Display (OSD) sahaja.

Acer Predator Z35P boleh dibeli dengan harga RM3,899 dan Predator X34P pula akan dijual pertengahan Januari 2018 pada harga RM4,299.

You might also like