
BAHAGIAN 3: HASIL GAMBAR
Tidak dinafikan lagi bahawa Xiaomi Mi MIX 2 bukanlah telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan penggambarannya. Ini jelas dapat dilihat bahawa ia tidak dilengkapi dengan sistem kamera dwi lensa sebagaimana kebanyakan flagship yang terjual dalam pasaran tempatan.
Namun begitu, walaupun Xiaomi Mi MIX 2 hanya menyokong satu lensa sahaja, ia masih mampu menghasilkan hasil gambar yang berkualiti kerana ia telah menggunakan sensor kamera daripada Sony Exmor RS IMX386 yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro, Xiaomi Mi 6, Xiaomi Mi Note 3 dan juga Motorola Moto Z2 Force.
Baca Juga: BAHAGIAN 1 & BAHAGIAN 2












