
Kenapa anda perlu pilih Sony Walkman® WS623 Sports? Ini jawapannya…
Dalam dunia urban ini, ramai di antara kita yang semakin aktif dengan sukan mahupun aktiviti senaman di dalam bangunan ataupun di luar bangunan, jadi Sony Walkman® WS623 Sports ini sangat sesuai dipakai kerana ia dibina dengan teknologi Bluetooth tanpa wayar. Hadir dengan ciri NFC sambungan sekali-tekan memudahkan pengguna untuk mengalihkan lagu dengan 4GB storan dalaman terbina.
Rekaan yang ergonomik, nipis dan ringan ini direka untuk keselesaan kepada pemakainya, malah ia juga boleh bertahan dalam suhu yang ekstrem daripada -5º ke 45º. Jika anda melakukan akiviti di tepi pantai ataupun sedang meluncur di laut, Walkman® WS623 Sports didatangkan dengan fungsi kalis air masin IP5/8 dan boleh bertahan sedalam dua meter dan sehingga 30 minit masa menyelam, ia juga kalis habuk IP6X yang mampu menghalang pasir laut daripada memasukinya.
Di samping itu, mod Ambient Sound membolehkan anda mendengar setiap bunyi di sekeliling termasuk nasihat dan kata-kata dari jurulatih anda. Bateri pada fon telingan ini memberikan 60 minit masa mendengar dengan 3 minit waktu mengecas dan pengecasan penuh mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan.
Anda yang berminat dengan Sony Walkman® WS623 Sports boleh dapatkannya di semua stor Sony dan Pusat Sony terpilih seluruh negara. Harga yang disyorkan ialah RM599, terdapat dalam warna Lime Green, Blue, Grayish White atau Black.

