Apple Tidak Lagi Memaparkan Aplikasi 32-bit Di Dalam Carian App Store

Apple telah mengarahkan kepada para pembangun aplikasi supaya tidak lagi menggunakan format 32-bit dan menukarnya kepada format 64-bit. Ini kerana aplikasi 32-bit akan dihentikan sepenuhnya pada iOS 11 yang akan dilancarkan bersama-sama ‘iPhone 8’ pada bulan September depan. Kini, aplikasi yang menggunakan 32-bit tidak dipaparkan atau boleh dicari di App Store melainkan melalui pautan.

Anda tidak boleh membezakan aplikasi 64-bit ini kerana ia akan lebih berkesan jika kapasiti RAM melebihi 4GB, tetapi Apple tidak mengeluarkan peranti dengan RAM setinggi itu. Walaupun begitu, Apple beranggapan mereka perlu mencipta sesuatu ke hadapan dan persediaan lebih awal lantas memberikan manfaat kepada setiap pengguna pada masa kelak.

You might also like