
Perang sudah bermula! Seperti biasa setahun sekali mesti ada perang telco di negara kita setiap kali iPhone terbaru dilancarkan. Selain Digi, pagi ini pula Celcom mengeluarkan senjata mereka dengan melancarkan jualan iPhone 7 dan 7 Plus mereka.
Pengguna Celcom sudah mula beratur di kawasan pelancaran sehari sebelum pelancaran kerana Celcom ada menawarkan promosi istimewa kepada 7 orang pertama yang mendaftarkan diri untuk mendapatkan iPhone 7, mereka yang bertuah ini hanya perlu membayar RM 7 bagi mendapatkan peranti terhangat ini!

Selain itu terdapat juga permainan Spin The Wheel yang menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan iPhone 7 pada harga RM 7, RM 77, RM 777 dan juga hadiah-hadiah lain berupa aksesori. Artis tempatan juga turut hadir bagi memeriahkan acara ini dengan penampilan istimewa Amber Chia, Izzue Islam dan Siti Elizad.


Anda boleh mendapatkan iPhone 7 dan 7 Plus dari Celcom dengan dua pelan asas yang disediakan.
|
Pelan |
FIRST iPhone 7 / 7 Plus Komitmen bulanan serendah RM 98 |
||
|
Harga peranti |
iPhone 7
|
32 GB |
RM 2,058 (RM 3,017.92) |
|
128 GB |
RM 2,488 (RM 3,489.62) |
||
|
256 GB |
RM 2,908 (RM 3,961.32) |
||
|
iPhone 7 Plus |
32 GB |
RM 2,558 (RM 3,574.53) |
|
|
128 GB |
RM 2,978 (RM 4,046.23) |
||
|
256 GB |
RM 3,408 (RM 4,517.92) |
||
|
Pelan |
FIRST PLATINUM iPhone 7 / 7 Plus
Komitmen bulanan serendah RM 150 |
||
|
Harga peranti |
iPhone 7
|
32 GB |
RM 1,688 (RM 3,017.92) |
|
128 GB |
RM 2,108 (RM 3,489.62) |
||
|
256 GB |
RM 2,538 (RM 3,961.32) |
||
|
iPhone 7 Plus |
32 GB |
RM 2,188 (RM 3,574.53) |
|
|
128 GB |
RM 2,608 (RM 4,046.23) |
||
|
256 GB |
RM 3,038 (RM 4,517.92) |
||
*Harga dalam kurungan ( ) merujuk kepada harga runcit pasaran Malaysia.

