Vzoid, Perkhidmatan Kecantikan Mudah Alih!

IKONKepada yang inginkan perkhidmatan kecantikan di dalam satu platform terutamanya golongan wanita, apa kata anda muat turun aplikasi Vzoid yang ditawarkan secara percuma buat peranti Android dan iOS. Aplikasi ini akan mencari pusat-pusat kecantikan yang berada berdekatan anda, dan membuat temujanji dengan mereka. Terdapat empat kategori utama yang disediakan iaitu Promo, Nearby, Popular serta Latest. Lebih menarik, sekiranya terdapat promosi pada pusat-pusat kecantikan yang terpilih aplikasi ini akan memberitahu anda.

editPengguna boleh mendapatkan rawatan muka, kuku, kening serta membuat rambut. Vzoid juga dibekalkan dengan fungsi navigasi untuk kemudahan pengguna mencari lokasi. Dengan adanya aplikasi ini, anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk memanjakan diri.

Muat Turun
You might also like