
Grab sering hadir dengan beberapa promosi, terkini dan buat pertama kali di Malaysia, Grab dengan kerjasama GreenTech Malaysia secara rasminya menawarkan pengguna Grab untuk mencuba menaiki kenderaan elektrik Tesla Model S 85.
Menurut Tesla, kenderaan ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/h dalam hanya 2.8 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 250km/h. Ia juga telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang.
Bermula hari ini, 14 Oktober 2016 hingga 16 Oktober 2016, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, pengguna Grab boleh menempah perjalanan dengan ikon khas pada aplikasi Grab yang hanya dikenakan RM15 setiap perjalanan dengan Tesla Model S 85.
Maklumat lanjutan mengenai perjalanan Tesla Model S 85, layari laman rasmi Grab.

