- Iklan -

ASUS ROG Phone Dah Nak Sampai?!

Port audio 3.5mm disediakan pada AUSS ROG Phone, mampu menyempurnakan pengalaman bermain apabila fon kepala yang berkualiti dipakai semasa bermain.

Pasti ramai yang duduk mengira hari bila ASUS ROG Phone dibawa masuk ke Malaysia sejak bulan Jun yang lalu, kan?! Haa…berita baik semua!

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, peranti gaming ini bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sumber ini turut mendapat pengesahan dari SIRIM, di mana peranti dengan kod nama ZS600KL/Z01QD telah didaftarkan dibawah nama syarikat Dynamics Distribution dan ECS yang merupakan pengedar sah ASUS di Malaysia.

Kehadiran ROG Phone sudah tentu akan membawa impak besar pada peranti gaming yang sedia ada di pasaran dengan spesifikasi premium padanya. Berapakah harga jualan untuk peranti premium ini, kita nantikan kehadirannya.

Baca juga: Pesaing Hebat Peranti Pintar Gaming Terbaru – ASUS ROG Phone

 

 

You might also like