

Pasti ramai yang menantikan tarikh 11 November (11.11) pada setiap tahun bukan? Ia adalah di mana kedai dalam talian terbesar akan mengadakan promosi jualan runtuh. Pada tahun ini kedai rasmi dalam talian Huawei Malaysia juga tidak tinggalan apabila mengumumkan diskaun untuk peranti kelas pertengahan Nova 2 Lite dan Nova 3 pada harga bermula RM99 sahaja!
Ia bersempena dengan kempen 11.11 ‘Huawei Mega Online Sale Day’, dan apa yang perlu anda lakukan ialah bersiap sedia pada masa yang ditetapkan iaitu pada pukul:
- 9 pagi, 11 November 2018
- 12 tengah hari, 11 November 2018
- 3 petang, 11 November 2018
- 6 petang, 11 November 2018

Pada empat masa yang berbeza ini, anda perlu segera membuat pembelian kerana difahamkan ia tertakhluk kepada siapa cepat dia dapat. Berikut adalah harga untuk tiga telefon pintar Nova yang diberi diskaun melampau:

Selain itu, anda juga boleh membeli baucer RM250 pada harga RM50 bermula 8 hingga 10 November 2018 yang boleh ditebus pada 11.11 ini. Nilai baucer seperti di bawah:
|
Bermula 8 hingga 10 November 2018 |
||
|
Harga baucer |
Nilai baucer |
Rebat |
|
RM50 |
RM250 |
RM200 |
|
RM40 |
RM160 |
RM120 |
|
RM30 |
RM90 |
RM60 |
Bukan itu sahaja, Huawei turut menawarkan diskaun 5% dengan setiap pembelian siri Nova dan akan menerima botol air, baucer Watson RM10 serta earphone AM116. Malah pembeli Huawei Y9 (2019) juga berpeluang mendapatkan produk Air Asia.

