
Adakah RAM Telefon Bimbit Lebih Besar Lebih Baik? Bagaimanakah Korang Harus Memilih RAM 6GB, 8GB, Atau 12GB?
Perbezaan antara versi 6GB dan 8GB bagi sebilangan telefon bimbit adalah setinggi RM200 hingga RM300, jadi sebilangan pengguna rasa bahawa pengalaman pengguna tidak akan banyak dipengaruhi oleh 2GB memori. Sebenarnya, idea ini tidak betul. Dalam bajet yang mencukupi, korang boleh memilih memori yang sebanyak mungkin kerana RAM yang lebih besar akan mempunyai prestasi yang baik. Jika korang seorang yang praktikal dan memilih memori mengikut keperluan penggunaan korang sendiri, maka analisis dalam artikel ini mungkin dapat membantu korang.

Apakah memori sebenarnya? Korang boleh kata bahawa memori macam gerbang. Jika terdapat lebih banyak gerbang, maka lebih banyak orang dapat melalui gerbang itu; Sebaliknya, gerbang yang sedikit, maka tidak banyak orang yang dapat melalui tempat ini. Oleh itu, kadang-kadang peranti akan “lag” dari segi memori jika banyak orang hendak melalui gerbang itu dan menghasilkan keadaan beratur. Dari sudut ini, memori peranti memang lebih besar lebih baik, dan yang ini merupakan fakta.
Sebelumnya, admin mengatakan bahawa memori yang lebih banyak membolehkan lebih banyak “orang untuk melalui gerbang itu”. Macam ini korang perlu memilih peranti dengan 12GB, 16GB, atau 18GB memori semasa membeli peranti? Sebenarnya, memori peranti dalam kelas mid-range ialah 6GB.
Telefon flagship biasanya mempunyai 8GB memori. Bagi pengguna dengan keperluan prestasi peranti yang lebih tinggi, pengeluar telefon bimbit juga telah memperkenalkan memori 12GB, ataupun memori 16GB. Sebenarnya, hanya sebilangan pengguna yang akan menggunakan memori hingga 12GB, apalagi memori 16GB.

Dari segi teori, 6GB memori dapat menjalankan 8-10 aplikasi di latar belakangnya pada masa yang sama sementara 8GB memori adalah sekitar 10-16 aplikasi tidak termasuk permainan. Jadi jika korang sering memadamkan aplikasi latar belakang secara manual, hanya menggunakan 2-5 aplikasi selama masa yang lama, 6GB sudah mencukupi. Walaupun begitu, yang ini hanya sesuai jika korang tidak bermain permainan yang berskala besar.
Walaupun admin mengatakan bahawa 6GB adalah memori permulaan bagi peranti midrange manakala peranti flagship mempunyai minimum 8GB memori, jadi telefon dengan 6GB memori juga akan menyusut di aspek lain seperti pemproses, skrin dan lain-lain, jadi peranti 6GB ini kadang-kadang akan lag jika APP tersebut menggunakan terlalu banyak CPU dan GPU. Dalam keadaan ini, masalahnya bukan berlaku dari segi memori, tetapi dari segi perkakasan lain seperti CPU dan GPU.
Oleh itu, jika korang hanya menggunakan untuk menonton video dan berbual-bual, 6GB sudah cukup, tetapi jika korang masih mahu bermain beberapa permainan yang berskala besar, dan membiarkan APP berjalan di latar belakang tanpa padamkan pada masa yang sama, maka 8GB adalah standard bagi korang. Jika korang ingin mempunyai APP yang digunakan masa yang sama, maka korang perlu memilih memori yang lebih besar seperti 12GB dan 16GB.
Beberapa pengeluar telefon bimbit juga memperkenalkan teknologi untuk menggabungkan memori. HUAWEI dan VIVO telah berturut-turut memperkenalkan dan menggunakan teknologi ini. Teknologi ini memang dapat meningkatkan kapasiti memori telefon bimbit, 8GB menjadi 11GB dan 12GB menjadi 15GB, tetapi 8GB cukup bagi kebanyakan pengguna.
Konklusinya, memori telefon bimbit memanglah lebih besar lebih baik, tetapi korang tidak perlu membeli peranti yang mempunyai memori besar secara buta. Peranti yang mempunyai RAM yang besar agak mahal. Oleh itu, jika korang tidak boleh menggunakan memori yang banyak, kenapa korang membazirkan begitu banyak wang?
Sumber: SINA Teknologi