
Siri Redmi Note sentiasa melancarkan peranti yang berbaloi kepada pengguna. Siri Redmi Note 10 yang baru dilancarkan memang mempunyai ciri ini! Untuk mengesahkan pernyataan ini, admin akan reviu Redmi Note 10 Pro dalam tangan supaya korang memahami perbezaan antara Note 10 dan fungsinya.

Rupa sebenarnya Dari Segi 360 °
Peranti siri Redmi Note 10 menggunakan penutup belakang kaca melengkung 3D. Kesan visual di permukaan matte akan menimbulkan penampilan yang bergaya, serta reka bentuk bingkai melengkung yang memberi cengkaman yang baik, tetapi permukaan berkilat mudah ada kesan cap jari, sayang sekali.

Dari segi modul lensa, Note 10 Pro mempunyai permukaan yang agak besar, ada sedikit menonjol, dan menggunakan cincin pelapis perak untuk menonjolkan kamera utama.
Konfigurasi port bagi siri Redmi Note 10 adalah sama, tetapi lokasinya agak berbeza. Note 10 mempunyai bicu fon kepala 3.5mm, lubang mikrofon, USB port Type-C dan pembesar suara di bahagian bawah peranti; Note 10 Pro hanya mempunyai lubang mikrofon, USB port Type-C dan pembesar suara.

Jack headphone 3.5mm Note 10 Pro terdapat di bahagian atas peranti, manakala pembesar suara, lubang mikrofon dan sensor inframerah di sebelahnya; sementara bahagian atas Note 10 mempunyai pembesar suara, lubang mikrofon dan sensor infra merah sahaja.
Semua peranti dalam siri Redmi Note 10 menyokong pembaca cap jari sebelah. Pembaca cap jari dapat digabungkan dengan suis kuasa di sebelah kanan badan peranti untuk mengesan cap jari dengan cepat. Bahagian atas adalah butang kelantangan; dan bahagian kiri dilengkapi dengan slot kad SIM.
Siri Redmi Note 10 dilengkapi dengan tiga skema warna secara berasingan. Note 10 disediakan dalam warna Onyx Grey, Pebble White dan Lake Green; Note 10 Pro terdapat dalam Gradient Bronze, Onyx Grey dan Glacier Blue.
Skrin HD 120Hz

Dari segi skrin depan, Note 10 Pro menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci, sementara Note 10 berukuran 6.43 inci. Note 10 Pro terdapat lubang di tengah atas yang lebih kecil daripada Note 10, tiada sempadan hitam yang begitu tebal bagi keseluruhan bingkai serta mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang lebih tinggi.
Yang perlu diperhatikan bahawa Note 10 Pro menyokong kadar penyegaran adaptif maksimum sebanyak 120Hz. Pengguna dapat menetapkan sistem dengan 60Hz yang stabil atau 120Hz melalui tetapan sistem, tetapi peranti akan dikembalikan ke 60Hz apabila gambar menjadi statik untuk menjimat bateri.
Di samping itu, skrin siri Redmi Note 10 menyokong sensor cahaya 360 ° yang dapat menyesuaikan kecerahan secara automatik. Skrin dapat menyesuaikan kecerahan yang terbaik sama ada dalam keadaan cahaya yang kuat atau rendah, skrin juga dapat memberi kecerahan dan pengalaman pembacaan yang terbaik kepada pengguna. Sudah tentu, sistem ini menyediakan mod gelap, mod perlindungan mata yang mengurangkan cahaya biru, dan mod pembacaan yang membolehkan skrin berada dalam skala kelabu.
Kamera 108MP & Pelbagai Mod Penggambaran

Redmi Note 10 Pro dilengkapi dengan kamera utama hingga 108MP yang membolehkan pengguna menangkap lebih banyak perinci gambar, dan menggunakan teknologi kombinasi piksel bagi 9-in-1 untuk menangkap lebih banyak cahaya walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah. Pada masa yang sama, kamera juga menyokong mod malam 2.0, vlog, pendedahan panjang, klon, kamera dwi depan dan belakang serta mod penggambaran yang lain untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih menyeronokkan dan kreatif, tetapi mod pemotretan khas ini tidak tersedia dalam Note 10 dan kamera utama Note 10 hanya ada 48MP. Walaupun begitu, gambar yang dihasilkan masih kelihatan jelas.
Semasa dibandingkan dengan mod biasa kamera dan mod definisi ultra 108MP, korang masih boleh menangkap gambar yang jelas setelah dibesarkan, tetapi prestasi warna dan persembahan garis dalam mod 108MP akan lebih halus dan kualiti gambar lebih baik daripada mod biasa.

Konfigurasi lensa empat kamera yang sama, satu perbezaannya ialah Note 10 Pro dilengkapi dengan lensa telefoto 5MP; sementara Note 10 dilengkapi dengan lensa makro 2MP. Dari segi lensa selfie depan, Note 10 Pro mempunyai 16MP manakala Note 10 mempunyai 13MP. Kedua-duanya mempunyai fungsi HDR, kecantikan AI dan bokeh potret, tetapi Note 10 Pro mempunyai lebih banyak fungsi filter potret. Filter unik ini menjadikan selfie lebih khas.
Hasil Gambar Redmi Note 10 Pro:
Kapasiti Bateri 5020mAh Yang Besar & Pengecasan Pantas 33W

Siri Redmi Note 10 mempunyai kapasiti yang besar. Note 10 Pro mempunyai kapasiti bateri sebanyak 5020mAh, dan Note 10 adalah 5000mAh. Hayat bateri sangat kuat dari segi penggunaan keseluruhan, dan kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 33W. Pihak Xiaomi mengaku bahawa peranti ini dapat mengecas 59% kuasa hanya dalam 30 minit. Mari kita lihat ujian sebenar:
Semasa mengecasnya dengan WiFi dihidupkan, Note 10 Pro mengisi 41% bateri dalam setengah jam. Ketika peranti ini diisi penuh hingga 100%, ia memerlukan lebih kurang 1 jam dan 28 minit. Dengan kapasiti bateri 5020mAh, prestasi pengecasan pantas 33W boleh dikatakan cukup memuaskan ~

Walaupun daya tahan baterinya kuat, peranti ini masih menyediakan mod penjimatan kuasa dan mod penjimatan kuasa super. Dalam mod penjimatan kuasa super, antara muka akan menjadi hitam sepenuhnya, dan pengguna hanya dibenarkan menggunakan 6 aplikasi. Sudah tentu, jika korang memilih aplikasi pihak ketiga, penggunaan kuasa akan lebih tinggi daripada sistem, tetapi jangka hayat bateri lebih lama daripada biasanya.
PEngalaman Gaming Giler Syiok!!
Redmi Note 10 Pro dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 732G yang kuat. Pemproses ini diperbuat dengan proses 8nm yang cekap dan mempunyai had penggunaan kuasa yang sangat tinggi. Pemproses ini juga mempunyai UFS2.2 WriteBooster yang terbina dalam untuk meningkatkan kelajuan membaca dan menulis dengan 100%, mempercepat masa memuatkan aplikasi dan membolehkan kelancaran untuk permainan. Redmi Note 10 menggunakan pemproses Snapdragon 678 yang mempunyai pilihan memori 4GB dan 6GB; manakala Note 10 Pro mempunyai pilihan 6GB dan 8GB.

Selain itu, seri Redmi Note 10 juga menyediakan fungsi Game Turbo. Pengguna dapat membuat berbagai-bagai tetapan permainan terlebih dahulu termasuk mengaktifkan mod prestasi untuk mengoptimumkan operasi, menyesuaikan operasi sentuhan, mengatur kekuatan prestasi skrin dan lain-lain. Pengguna juga dapat menggunakan bar pintasan Game Turbo untuk mewujudkan fungsi seperti rakaman skrin, pengubah suara, dan pembukaan jendela aplikasi kecil.
Apa Kata Editor!
Oleh sebab kedua-dua siri Redmi Note 10 yang ada dalam tangan admin berwarna hitam, ada perasaan mewah di tangan admin. Sebelum reviu, admin ingat peranti ini agak berat, tetapi rasa cengkamannya agak baik. Setelah reviu kira-kira seminggu untuk memahami spesifikasi dan konfigurasi kedua-dua model tersebut dengan teliti, admin rasa prestasinya agak baik dalam harga ini. Antara kedua-kedua peranti ini, kegemaran admin ialah kamera Note 10 Pro. Sudah tentu, kamera Note 10 sangat bagus, tetapi kebanyakan mod yang disediakan oleh Note 10 Pro mungkin lebih biasa disediakan dalam model unggulan. Bagi pengguna yang suka menangkap gambar atau merakam vlog, korang mungkin boleh mempertimbangkan peranti ini ~
Sekiranya korang tidak mempunyai keperluan yang tinggi dalam pengambilan gambar, tidak terlalu beri perhatian terhadap kelancaran skrin, dan mempunyai bajet yang rendah, Note 10 sebenarnya sudah mencukupi, dan peranti ini juga mempunyai kapasiti bateri besar 5000mAh serta daya tahan bateri yang baik. Bahagian perkakasan juga dapat menyediakan operasi yang baik untuk memenuhi keperluan harian sepenuhnya.
Harga Jualan Redmi Note 10 Pro:
- 6+128GB = RM999
- 8+128GB = RM1099
Harga Jualan Redmi Note 10:
- 4+64GB = RM699
- 6+128GB = RM799